“Saya bukan seorang yang ekstrem."
ITU komen penyanyi, komposer dan personaliti TV, Faizal Tahir apabila bercerita tentang perkembangan terbaru karier seninya. Berbicara santai, Faizal yang sudah bertapak dalam industri seni suara lebih satu dekad lalu, sedar pentingnya seorang individu untuk berpijak di dunia yang nyata.
Mengakui yang dirinya pernah dikaitkan dengan satu ‘kontroversi’ yang melibatkan sebuah stesyen TV tempatan baru-baru ini, Faizal hanya mampu tersenyum. Menjadi spekulasi hangat di media sosial, Faizal memuat naik status di laman Twitternya Faizal turut memberi gambaran seperti dia benar-benar digam dan bukan sekadar khabar angin.
Statusnya berbunyi, “saya sedang memikir judul album terbaru Faizal Tahir The Banned. Ia sangat sesuai dengan saya.” Spekulasi terus bertiup kencang sehinggalah pengurusnya tampil memperjelaskan isu tersebut dan ia sekadar khabar angin semata-mata.
Samada sahih atau tidak, ada desas-desus mengatakan yang penyanyi berusia 34 tahun itu terpaksa ‘direhatkan’ selepas beliau terlibat dalam satu persembahan di satu perhimpunan tidak lama dahulu.
Mengulas mengenai perkara itu, Faizal mendedahkan yang haknya sebagai seorang artis yang bernaung di bawah pihak pengurusan di stesen TV tersebut tidak ‘dipedulikan’ apatah lagi apabila dia tidak pernah dipanggil untuk ‘berbincang’ dengan pihak yang tertentu.
“Saya tidak dipanggil untuk berbincang oleh pihak pengurusan untuk berunding atau member ruang bagi saya memberi penjelasan. Saya memang lantang dan saya tidak takut untuk bersuara kerana saya tahu saya di pihak yang benar,” kata Faizal.
“PROGRAM TV HARI RAYA DIBATALKAN”
Enggan berbicara lebih lanjut tentang perihal itu, Faizal hanya mampu tersenyum apabila ditanya jika dia akan terbabit dengan program TV Hari Raya.
“Saya mendapat tahu yang program Hari Raya yang ada melibatkan saya telah dibatalkan.Namun, saya tidak pasti sejauh mana kebenaran berita itu,” tambahnya lagi.
Segak berkacamata hitam, berambut pendek kemas dan berjaket kulit, pelantun yang terkenal dengan lagu ‘Mahakarya Cinta’ itu mengakui yang ranjau dan liku dalam industri seni memberinya banyak pengalaman dan pengajaran yang boleh ditimba olehnya.
“Saya sangat tenang sekarang dan mampu berfikir secara matang dan bersikap professional. Apa yang boleh saya katakan, apa sahaja tuduhan atau spekulasi yang membaitkan saya, saya terima dengan hati yang terbuka,” kata Faizal, ketika ditemui pada majlis pelancaran ‘Azam Raya Bersama Watsons dan Faizal Tahir’ yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Faizal berjaya dipilih sebagai duta kempen ‘Azam Raya Bersama Watsons’ yang mana beliau bakal muncul dengan buahtangan dalam bentuk sebuah lagu hasil nukilannya. Kempen yang akan berlangsung selama sebulan itu melibatkan pelanggan tetap Watsons menulis azam Syawal mereka di laman Facebook jenama itu.
Faizal percaya yang punca rezeki ada dimana-mana dan dalam diam tak diam Faizal bakal menjayakan sebuah program Hari Raya terbitan sebuah stesen TV swasta.
“Insyallah, jika diizinkan Tuhan peminat akan dapat menonton saya sewaktu Hari Raya ini,” katanya sambil tersenyum.
Faizal juga baru selesai merakamkan sebuah lagu berunsur kemanusiaan, hasil duet dengan seorang teman artis.
“Biarlah projek ini saya rahsiakan dulu. Ada kemungkinan lagu ini akan dilancarkan sebagai ‘single’ dahulu,” kata Faizal.
FOKUS KEPADA AKTIVITI KEMANUSIAAN
Selain sibuk menguruskan keluarga, Faizal yang baru sahaja menimang cahayamata kelima bulan lalu, mengakui yang beliau lebih tenang menghabiskan masa dengan akitivit kemanusiaan.
Katanya, jika diizinkan Tuhan, beliau berhasrat untuk melawat sebuah rumah anak-anak yatim sehari sepanjang bulan Ramadan ini.
“Insyallah, jika ada rezeki itu hajat saya. Jika ada kesempatan, saya ingin bersedekah dan menghabiskan masa dengan anak-anak yatim di sekitar Negara. Isteri saya juga akan turut bersama-sama saya memberi pertolongan nanti,” kata Faizal yang mempunyai cahayamata berusia dia antara sebulan dan 8 tahun.
Menurut Faizal, dia ada menyimpan hajat untuk berpuasa dan menghabiskan masa member sumbangan kemanusiaan untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin di Gaza.
“Jika rutin nyanyian saya mengizinka dan tiada aral melintang sampailah saya ke sana. Hajat ini masih lagi dalam perancangan,” tambahnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Arnab ganjil ini yang digelar "Frankenstein" ditemui di Selatan Mankato oleh dua orang adik beradik yang melalui kawasan dimana...
-
4 Jul – Aktres jelita Maria Farida telah menggelar bekas teman lelakinya, aktor Shah Jaszle sebagai 'buaya' selepas diminta ...
-
Apa yang berlaku apabila Rahul bertemu semula anak perempuannya Anjali yang sudah lama menghilang? Begitulah kegembiraan yang jelas tert...
-
Di SHAH ALAM, Jabatan Kesihatan Selangor menyita 17 premis makanan di Seksyen 2 di sini setelah gagal memenuhi standard kebersihan yang ...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan