Jumaat, 5 Julai 2013

kahwin tidak direstui, Artis dibuang keluarga?

Pelakon Siti Fazurina, 31, mengharapkan hubungannya dengan ibu, Zubaidah Abu Bakar, 61, kembali terjalin dengan menjelangnya bulan Ramadan yang bakal tiba tidak sampai seminggu lagi.
Fazurina atau lebih mesra dengan panggilan Nina ingin menjernihkan semula hubungan dengan ibunya selepas berdepan kemelut apabila dia berkahwin dengan pasangannya Muhammad Hykal Zulkifli, 32, pada 20 Disember 2012 yang tidak direstui oleh keluarga.


"Sempena kedatangan Ramadan ini saya mahu menjernihkan semula hubungan dengan ibu. Saya sedia terima apa sahaja yang bakal ibu lakukan terhadap saya, asalkan saya dapat bertemu ibu. Usaha untuk berdamai dengan ibu sebagai seorang anak sudah lama saya lakukan tetapi khidmat pesanan ringkas (SMS ) dan panggilan saya tidak pernah dibalas atau berjawab," ujar Nina kepada Harian Metro.
Walaupun panggilan dan sms yang dihantar tidak pernah dibalas, namun Nina berkata dia tetap memberitahu perkembangan dirinya.
Nina yang mula dikenali menerusi sitkom "Dunia Anita" turut merasakan wajar baginya memulakan perdamaian ini tanpa ditemani suami kerana dia yakin ibunya pasti akan merestui hubungan tersebut suatu hari nanti.
Mengimbau kembali kontroversi perkahwinannya pada 20 Disember tahun lalu, Nina telah berkahwin dengan Hykal di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang berwalikan bapa saudaranya, Mohd Fahmi Freedam Shah, 59, tanpa pengetahuan ibu bapa Nina.
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kemudian telah menjelaskan pernikahan mereka tidak sah dan diarahkan bernikah semula pada 20 Mac lalu.

Sumber - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular