Isnin, 8 Julai 2013

Bila Rahul brtemu Anjali


Apa yang berlaku apabila Rahul bertemu semula anak perempuannya Anjali yang sudah lama menghilang? Begitulah kegembiraan yang jelas tertera di wajah Shahrukh Khan apabila dipertemukan semula dengan pelakon wanita, Sana Saeed, si gadis yang suatu masa dahulu melakonkan watak anaknya, Anjali dalam filem "Kuch Kuch Hota Hai".


Menurut laman sesawang Times of India, bintang Bollywood terkemuka tersebut begitu teruja apabila mendapati seorang daripada peserta dalam pertandingan realiti tarian "Jhalak Dikhhla Jaa" merupakan Sana Saeed, pelakon kanak-kanak yang membawakan watak Anjali dalam filem hit arahan Karan Johar 15 tahun lalu.

Menurut Shahrukh, yang hadir ke program realiti tersebut untuk mempromosi filemnya, "Chennai Express", "Saya tak percaya Sana dah besar dan kini jadi gadis yang jelita. Pada saya, dia masih Anjali saya yang masih kecil."

Malah, Shahrukh terus memainkan peranannya sebagai bapa yang melindungi apabila dia membuat keputusan untuk menghiburkan penonton dengan bertindak berdiri di belakang Sana ketika Sana sedang membuat persembahan.

Menurut sumber, "Bila Siddharth Shukla memilih Sana untuk persembahan istimewa, Shahrukh beri kebenaran tapi mengingatkan dia untuk tidak menyentuh Sana ketika persembahan berlangsung. Malah, dia turut berdiri di belakang mereka untuk memastikan Siddharth akur dengan amarannya. Sangat seronok melihat Shahrukh menghiburkan para peminat dengan lakonannya."



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular