Selasa, 8 Oktober 2013

Yusry lega "Vikingdom" kutip RM 1.8 juta

Yusry lega "Vikingdom" kutip RM 1.8 juta

9 Okt- Penerbit dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim nyata berpuas hati biarpun kutipan filem "Vikingdom: The Blood Eclipse" tidak mendapat kutipan tinggi sepanjang tayangannya di Malaysia. Menurut Yusry, 40, jumlah itu sudah agak baik dan bepatutan memandangkan pasaran filem Malaysia tempatan menunjukkan penurunan dari segi jualan tiket. "Pada saya, jumlah RM 1.8 juta diraih itu boleh dianggap baik untuk pasaran filem di Malaysia. Ia satu jumlah yang tak dijangkakan pun. "Bagaimanapun, kalau hendak berkongsi mengenai sambutan dan penerimaan filem "Vikingdom" ini di pasaran luar negara seperti Amerika Syarikat, ia masih terlalu awal kerana tayangan pun bermula pada 4 Oktober lalu dan penayangan di luar negara tidak berlaku serentak tetapi secara beperingkat," Katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, filem terbitan KRU Studios ini sudah pun berjaya mengutip RM10 juta hasil penjualan hak pengedaran filem itu di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark, Brazil dan banyak lagi. Filem ini yang menelan kos sebanyak RM20 juta, telah dihasilkan sepenuhnya di Malaysia serta menggunakan khidmat kepakaran tenaga produksi tempatan walaupun membariskan pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.

Khamis, 25 Julai 2013

Pasangan lucah dibenar untuk ikat jamin, dihalang guna alat komunikasi

Alvin Tan arrested

‘Pasangan lucah’ Alvin dan Vivian hadir ke SKMM beri kenyataan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.
Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.
Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.
Pasangan muda itu memohon semakan untuk mencabar keputusan hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran untuk menghalang ikat jamin pada Khamis lalu, selepas mereka didakwa dengan tiga pertuduhan kerana menghina umat Islam menggunakan Facebook dan memuat naik gambar lucah mereka di dalam blog.
Tan dan Lee juga diarahkan oleh mahkamah untuk melapor diri ke balai polis sekali sebulan.
Keputusan hakim mahkamah Sesyen menghalang pasangan muda itu diikat jamin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai “memberi pengajaran” kepada mereka akan tetapi dilihat oleh orang awam sebagai terlalu keras dan bercanggah dengan prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Permohonan semakan juga dilakukan untuk menghalang keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan perbicaraan ketiga-tiga pertuduhan dijalankan secara serentak.
Dalam permohonan semakan hari ini peguam Chong Joo Tian yang mewakili kedua-dua Tan dan Lee mengatakan ikat jamin harus diberi kerana Mahkamah Sesyen tidak dapat membuktikan apa-apa risiko sekiranya mereka dibenarkan diikat jamin.
Tan dan Lee didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi' di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.
Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satukandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

George Alexander Louis permata hati Will & Kate

George Alexander Louis permata hati Will & Kate

Putera Cambridge iaitu bayi lelaki kepada Putera William dan Kate Middleton yang dilahirkan pada 22 Julai lalu telah diberi nama George Alexander Louis.
Dipetik daripada laporan Telegraph, Istana Kensington telah mengeluarkan kenyataan berkata: "Duke dan Duchess Cambridge teruja untuk mengumumkan bahawa mereka telah menamakan bayi lelaki mereka George Alexander Louis. Bayi itu akan dikenali sebagai Yang Mulia Putera Cambridge George."
Nama tradisional tersebut dipilih bersempena nama mendiang bapa Permaisuri Elizabeth, George VI, bermakna bayi tersebut bakal menjadi Raja George VII pada masa akan datang.
Nama George dan Alexander telah menjadi pilihan ramai sejak kelahirannya manakala Louis pula adalah nama tengah William. Nama George adalah paling popular yang diterima oleh penerima taruhan selain beberapa nama yang lain.
Kate telah melahirkan bakal pewaris takhta seberat 3.9 kilogram ini pada 22 Julai lalu, jam 4.24 petang selepas dimasukkan di Hospital St. Mary, London pada awal pagi itu.
William dan Kate, masing-masing berusia 31 tahun telah berkahwin pada 29 April 2011.

Produksi Erma Fatima disaman Rebecca

Produksi Erma Fatima disaman Rebecca

Pelakon, penerbit dan pengarah Erma Fatima telah disaman oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad selepas syarikat produksi milik Erma Fatima iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd didakwa gagal menjelaskan baki 40 peratus bayaran lakonan Rebecca dalam drama "Dejavu Di Kinabalu" tahun lalu.
Rabecca, 27, telah menfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners semalam.
Drama terbitan Erma yang bermula pada 18 Jun 2012 dan berakhir pada 31 Julai 2012 itu mempunyai 28 episod dan disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis.
Antara pelakon lain yang turut membintangi drama itu ialah Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.
Menurut pelakon itu, dia tidak boleh mengulas lanjut berhubung perkara ini kerana ia masih dalam perbicaraan.

Jumaat, 19 Julai 2013

Apabila bercakap tentang rutin kecantikan, memang semua wanita mempunyai petua masing – masing. Pada anda yang suka menjelajah dunia, jangan lepaskan peluang anda mempelajari rahsia-rahsia kecantikan dari negara orang. 

Nak tahu petua kecantikan wanita dari negara luar? 



Chile 
Wanita Chile menggunakan ekstrak anggur untuk kecantikan wajah mereka. Apa yang mereka lakukan sangat mudah, cuma campurkan anggur merah yang telah dilenyek bersama 2 sudu tepung gandum dan lumurkan di muka selama 10 minit sebelum membilas muka dengan air. Anggur merah mengandungi anti –oksidan yang tinggi akan membuatkan kulit mereka lebih segar dan bercahaya. 

Mesir 
Wanita di Mesir menggunakan khasiat daripada susu untuk kulit putih dan licin. Seminggu 3 kali, wanita Mesir akan mencampurkan 2 cawan susu tepung bersama air di dalam tab mandi dan akan berendam selama 30 minit – 1 jam. Di fahamkan juga, petua ini adalah petua rahsia kecantikan Permaisuri Cleopatra pada zaman dahulu. 

Greece
Minyak zaitun sememangnya popular di negara-negara Mediterranean. Wanita di Greece menggunakan sepenuhnya khasiat minyak Zaitun terutamanya dalam masakan. Masyarakat di Greece amat menyukai hidangan yang berunsurkan ikan, sayuran dan buahan segar. Campuran minyak zaitun bersama hidangan membuatkan makanan bukan sahaja berkhasiat malah bertambah lazat. 

Itali 
Wanita di Itali juga menggemari penggunaan minyak zaitun . Minyak zaitun yang dicampurkan bersama yogurt segar di gunakan oleh mereka untuk menyihatkan rambut. Campuran itu membuatkan rambut mereka lebih sihat dan bercahaya. 

Jepun 
Sememangnya rakyat di Jepun sangat popular dengan hidangan mentah iaitu Sushi. Wanita Jepun sangat menggemari penggunaan rumpai laut bukan untuk hidangan sushi tetapi untuk mask rambut! Apa yang mereka lakukan, mereka merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi. 

Sweden 
Wanita Sweden menngunakan ekstrak the hijau sebahagai toner muka. Kandungan anti oksidan didalam the hijau tersebut membantu mengeluarkan sel-sel mati dan menyegarkan kulit. Wanita Sweden juga percaya bahawa sauna mampu mengeluarkan toksik dalam badan. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan minyak zaitun ke badan sebelum membilasnya dengan air sejuk.

sumber - yahoo.com

Hubungan Fida Ibrahim dan Zalif Sidek berakhir

Hubungan Fida Ibrahim dan Zalif Sidek berakhir

Penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim mengakui hubungannya dengan Zalif Sidek sudah pun berakhir sejak dua bulan lalu dan mereka tidak lagi berhubung.
Jelas Fida yang popular dengan lagu "Apo Kono Eh Jang" ini, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu disalah anggap sebagai pihak ketiga selepas seorang wanita mendakwa sebagai kekasih aktor itu.
"Nak cakap kami bercinta pun sebenarnya tidak. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya hubungan itu berjalan lancar tetapi apabila ada perkara-perkara yang tidak diingin berlaku, saya enggan mengeruhkan lagi keadaan.
"Apabila kami semakin rapat, ada pihak mengirimkan pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada saya," ujarnya ketika ditemui di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambahnya lagi, "Sebelum ini Zalif memberitahu saya yang dia tidak mempunyai teman wanita. Sebab itu saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budinya. Namun apabila saya kerapa menerima SMS daripada pihak tersebut yang mengeluarkan kata-kata kesat, saya rasa kurang seronok dan macam mengganggu hubungan orang lain. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk mengundur diri."
Sementara itu Fida turut memberitahu hubungannya dengan bekas kekasih, Mamat (Sepah) sudah baik selepas muncul dalam program televisyen "Apa Saja FBI" di TV9 baru-baru ini.
"Kami dah berbaik selepas muncul dalam sebuah program. Hubungan tersebut tidak lebih sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi. Saya juga tak mahu kenang dan ambil pengajaran atas apa yang berlaku sebelum ini," jelas penyanyi berusia 27 tahun ini lagi.
Hubungan Fida dan Mamat berakhir selepas pelawak tersebut tidak sengaja memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya sehingga mendapat kritikan negatif peminat.
Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim turut memberitahu dia enggan memikirkan soal cinta buat masa ini kerana ingin fokus kepada karier nyanyian dan lakonan.

sumber - yahoo.com

Khamis, 11 Julai 2013

Arnab Ganjil dan Pelik di Dunia

This June 26, 2013 photo provided by Gunnar Boettcher shows a rabbit that Boettcher dubbed "Frankenstein" with what looks like a series of horns growing out of its head outside his home in Mankato, Minn. Boettcher and his brother put together a video entitled "The World's Scariest Rabbit," which has attracted thousands of Internet viewers. Boettcher thinks the rabbit might have a papilloma virus that's a form of cancer. A Minnesota Department of Natural Resources spokesperson says he suspects that is what it is, as it's not an uncommon ailment in rabbits, but he's not seen it on the top of the head. (AP Photo/Courtesy Gunnar Boettcher)

Arnab ganjil ini yang digelar  "Frankenstein" ditemui di Selatan Mankato oleh dua orang adik beradik yang melalui kawasan dimana beradanya arnab ganjil tersebut.

Meet Frankenstein: The Nightmare Horn-Faced Rabbit


Catatan Popular