4 Jul – Aktres jelita Maria Farida telah menggelar bekas teman lelakinya, aktor Shah Jaszle sebagai 'buaya' selepas diminta mengulas tentang kontroversi ditangkap khalwat baru-baru ini.
Dipetik daripada laporan Malaysian Digest, Maria yang ditemui ketika majlis memperkenalkan produk terbaru Habib Jewels memberitahu dia tidak terkejut dengan berita tersebut, malah menjangkakan perkara tersebut akan berlaku kepada Shah satu hari nanti.
Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri.
"Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya sampai sekarang. Cuma nasib dia kali ini paling besar," ujarnya.
Aktres ini yang enggan mengambil tahu tentang kisah Shah selepas berpisah walaubagaimanapun berasa simpati terhadap tunang aktor drama "Asmara" itu yang dirasakan sangat baik berdasarkan kisah-kisah yang didengarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan