Khamis, 4 Julai 2013

Metallica datang Kuala Lumpur Ogos ini



4 Jul – Kumpulan heavy metal terkenal, Metallica mengumumkan bakal mengadakan konsert sulung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos akan datang menerusi satu kenyataan dipetik dari laman sesawang rasmi mereka.
Metallica turut menyatakan keterujaan mereka kerana Kuala Lumpur termasuk dalam salah sebuah lokasi konsert jelajah mereka di Asia.
"Kami telah katakan sebelum ini. Lebih 30 tahun menjelajah seluruh dunia, terdapat beberapa buah tempat yang kami belum pergi. Sekali lagi kami teruja untuk ke tempat baru iaitu di Kuala Lumpur, Malaysia pada 21 Ogos di Stadium Merdeka."
Konsert di Kuala Lumpur ini diadakan tiga hari sebelum kemunculan mereka di Pusat Pameran Changi di Singapura iaitu pada 24 Ogos.

BACA:
Linkin Park bakal datang ke Malaysia

Konsert empat kumpulan rock ditangguh
'The Smurfs 2' kini dalam Bahasa Malaysia
Tiket dijangka akan dijual bermula 6 Julai pada jam 11.30 pagi di pusat membeli-belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang. Manakala jualan tiket dalam talian akan bermula pada 8 Julai jam 10 pagi.
Ditubuhkan oleh Lars Ulrich dan James Hetfield pada tahun 1981, album-album Metallica telah berjaya terjual sebanyak 110 juta salinan di seluruh dunia sehingga kini.
Untuk maklumat lanjut, peminat boleh melayari laman sesawang www.ticketcharge.com.my dan www.galaxy.com.my.

Sumber - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular